Monday, July 21, 2008

Apakah Status Kolej kediaman Anda Y/N ??

      Bahagian Perumahan Dan   Kebajikan   Pelajar (BPKP) berperanan dalam menyelaras penempatan dan kemudahan penginapan pelajar serta menyelaras pentadbiran di kolej kediaman di kampus. BPKP juga berperanan dalam menentukan dasar penginapan di kolej kediaman di samping menyediakan perkhidmatan yang kondusif dan berkualiti terhadap pelajar. Selain itu, BPKP memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kecemerlangan pelajar di kolej dengan menyediakan kelengkapan/kemudahan prasarana dan sentiasa memastikan kemudahan berada dalam keadaan yang sebaik mungkin bagi keselesaan pelajar.

 

Pelajar tahun akhir UMS rayu tinggal di kediaman kolej

Bharian 2010/08/16

SAYA adalah pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berasal dari Semenanjung. Proses penstrukturan semula penempatan pelajar pada semester lalu, nama saya digugurkan untuk menginap di kolej kediaman.

Perkara ini menghairankan kerana saya adalah pelajar yang aktif berpersatuan dan sentiasa mengikuti program dianjurkan pihak universiti kolej. Masalah timbul ialah apabila pihak pengurusan meminta saya membuat rayuan penempatan semula.

Walaupun sudah membuat rayuan, status saya sehingga kini masih dalam perhatian walaupun kolej kediaman masih mempunyai bilik kosong. Perkara ini ternyata menyukarkan pelajar yang membuat rayuan kerana terpaksa menanti dan terus mengharap sesuatu yang tidak pasti.

Yuran penginapan kami juga dipotong pihak pengurusan dan wakil pelajar sentiasa mengelak apabila diminta membantu urusan penempatan menyebabkan kami berasakan kebajikan kami tidak dibela oleh wakil pelajar.

Saya kesal dengan situasi sebegini dan pihak pengurusan seharusnya membuat pertimbangan wajar dengan mengutamakan pelajar tahun akhir yang aktif untuk tinggal di kolej kediaman, mengambil kira faktor bebanan tugasan pelajar dengan urusan penyelidikan tesis dan latihan industri.

Kami sangat mengharapkan ihsan pihak pengurusan untuk membenarkan kami tinggal di kolej kediaman kerana lebih mudah untuk membuat penyelidikan di makmal serta perpustakaan. Faktor kewangan juga menjadi masalah kerana kadar rumah sewa di sekitar UMS agak mahal selain sukar mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

Saya berharap kemelut ini dapat diselesaikan secara profesional oleh pihak yang berwajib seperti pihak pengurusan dan perwakilan pelajar dengan mengambil kira kebajikan pelajar.

2 comments:

Anonymous said...

saya sangat setuju ramai yg aktif tetapi tidak mendapat kolej kediaman. polisi menukar satu bilik 6org jadi 4org menyebabkan ramai yg tidak mendapt kolek kediaman. kalau dipertimbang semula utk kekal polisi mungkin tidak ramai yg tidak mendapt kolej kediaman.

satu perkara lagi ada yg memegang jawatan tinggi dlm program dan aktif program kolej, universiti mahupun sekolah tetapi tidak mendapat kolek kediaman. diharap polisi dikaji semula. harap kolej f dpt disiapkan dan menampung bilangan pelajar ums yg makin ramai 15,000

Anonymous said...

ada yg tidak aktif....dapat penempatan.....macam mana process recruit pelajar??????


Post a Comment

blogdetik1

۞ Ums Guess Rating Zone !!

Jum Chat with Fibox Chat®
Komuniti Universiti malaysia sabah Grab this Make your own

☺ Laman Forum facebook۞ Community™ library

Just Click To Show The Content » ۞ Welcome To community™ library ۞ Senarai Universiti Di malaysia ۞ Sumber Berita Masa Kini ۞ Download Free E-Book ۞
Sila Copy And Paste code di bawah masukan di blog anda, Untuk penyesuaian saiz di blog anda,sila ubah Angka(cursor:hand;width: 200px; height: 60px)
Banner Exchange:


۞ Add Your Blog Info Here >>>

Click Open To Add Blog Address:
Your Name
Email Address
Blog Adress
Message
.

۞ UMS HIGHLIGHT BLOG ۞

☺ Facebook Group۞ Network

 

Followers

Recent Comments

TOP COMMENTATORS

Your Connection

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net