Monday, July 21, 2008

Pilihan raya kampus Di Manakah Anda??

Pilihan raya kampus  Universiti Malaysia Sabah Dimanakah Anda??

Kementerian Pengajian Tinggi dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi memastikan agar negara tidak ketandusan pemimpin dan warga yang cerdik pandai dalam meneruskan kesinambungan wawasan negara di masa akan datang.

Tanggungjawab membimbing dan melatih pelajar IPT merupakan cabaran yang perlu digalas Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) d isepanjang pengajian mereka di universiti.
Justeru, sebagai pemimpin pelajar harus memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan, menjadi kemestian dan kewajipan kepada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru bagi sesi 2009/2010 untuk terus bersatu, bersama, menggembleng tenaga dan memikul amanah besar dan mesti ditunaikan, dilaksanakan, ditepati demi menyuarakan hasrat warga kampus dan pelajar keseluruhanya.

Kesedian dalam merencanakan hala tuju MPP merupakan suatu perjuangan demi menobatkan mahasisiwa/i ke arah yang lebih harmonis semasa berada di menara gading. Menerapkan nilai-nilai hidup yang harmoni dan menentukan setiap barisan kepimpinan pelajar melaksanakan tugas dengan sesungguh hati dengan baik seperti janji semasa kempen dalam pilihan raya kampus.

Kita sedia maklum tujuan pilihan raya kampus merupakan satu trend dalam memilih dan mengetengahkan kepimpinan pelajar IPTA di seluruh negara. Ianya diadakan bagi memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui kepimpinan majlis perwakilan pelajar (MPP).

MPP berfungsi sebagai mata, telinga pelajar dalam menjaga kebajikan mereka sepanjang pengajian. Ini bermakna pemimpin yang dipilih mempunyai tanggungjawab yang berat dan mereka benar-benar bertanggungjawab, berkarisma dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap masyarakat kampus.
Pilihanraya kampus d iseluruh IPTA negara yang baru melabuhkan tirai minggu lalu dan merupakan salah satu proses wajib yang perlu dilalui bagi seorang pemimpin pelajar.

Pilihan raya kampus sepatutnya menjadi perantara yang sesuai untuk tujuan mencari pemimpin pelapis yang berwibawa. Proses pembubaran, penamaan calon dan kempen pilihan raya, hari mengundi dan proses pengiraan yang begitu singkat dapat digalas Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan baiknya. Ini membuktikan komitmen HEP dalam memancu segala tugas berkaitan pelajar menjadi keutamaan.
Peranan HEP sebagai agen pelaksana dalam proses pilihan raya kampus tidak disangkal lagi hingga ke peringkat pembentukan barisan MPP Esekutif dan tunjuk ajar dan membimbing pelajar keseluruhanya secara total yang tiada nokthanya.

Bakti dan keprhatinan yang dicurah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNC HEPA) yang menerajui warga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ketua Jabatan HEP serta pegawai dan staf HEP yang tidak jemu-jemu mencurahkan, memberi tunjuk ajar dan sebagai pembimbing dan pemudah cara dalam pelbagai bidang pembangunan sahsiah pelajar.

Selaras dengan objektif Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu, mengurus, mengatur dan mengawal selia semua kegiatan yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar serta kebajikan pelajar bagi mewujudkan keselesaan dalam proses pembelajaran dan suasana kehidupan kampus yang berkualiti, sekaligus memastikan kegiatan pelajar ke arah melahirkan graduan yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan bersahsiah tinggi selaras dengan visi dan misi UMS.

Pada kelaziman kempen pilihan raya pelajar memperlihatkan ketangkasan, ketokohan calon dalam berucap dan berpidato menyampaikan agenda mereka. Kebebasan bersuara dalam berkempen dan menyampai manifesto menjadi tarikan pengundi (masyarakat kampus). Isu-isu yang bernas, diutarakan pasti mendapat sambutan ramai pengundi semasa mereka berkempen.

Pengundi hanya mampu menilai calon-calon yang bertanding melalui persembahan kempen pidato selain banner, poster, kempen secara kumpulan dan semasa di bilik kuliah. Realiti, tanggungjawab HEP dalam merencanakan hala tuju sahsiah pelajar masa kini, amat terserlah.

Justeru, pilihan raya kampus merupakan ruang dan peluang yang paling sesuai untuk pemimpin pelajar mengasah bakat kepimpinan mereka dalam mencapai tujuan tersebut. Golongan kepemimpinan muda ini diharapkan benar-benar layak setelah melalui pelbagai ranjau kepimpinan kampus untuk terus menerajui kepimpinan negara kelak.

Ingin diperhalusi bahawa dengan adanya MPP merupakan medium interaksi dan menjadi landasan utama bagi menyalurkan suara mahasiswa kepada pihak universiti dan kerajaan demi memastikan hak mahasiswa terbela dan menyediakan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan untuk melahirkan mahasiswa cemerlang, gemilang dan terbilang.

Antara lain objektif MPP adalah untuk mendengar dan mengenal pasti permasalahan mahasiswa dan mengutarakan segala isu-isu kepada pihak berwajib selain mengkaji keberkesanan perlaksanaan dasar-dasar yang membabitkan kepentingan pelajar.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur, tujuan utama pemilihan pelajar adalah untuk pembangunan sahsiah dalam pelbagai bidang dan ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang.

UMS sebagai gedung ilmu berperanan sebagai landasan untuk membentuk dan mengeluarkan graduan yang berkualiti dan bernilai tinggi bagi menjana kecemerlangan dan kegemilangan agama, bangsa dan negara. Selaras dengan peranannya untuk mendidik dan melahirkan modal insan yang cemerlang, berilmu dan berdaya saing.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Malaysia Sabah mempunyai 34 kerusi, 9 kerusi umum dan 25 kerusi eksekutif. Buat pertama kalinya juga UMS mengadakan pembuangan undi secara e undi berbanding dengan UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL) yang telah pun mengadakan pembuangan undi secara e undi, 4 tahun yang lalu.

Sumber: New Sabah Times :4th February, 2010

0 comments:


Post a Comment

blogdetik1

۞ Ums Guess Rating Zone !!

Jum Chat with Fibox Chat®
Komuniti Universiti malaysia sabah Grab this Make your own

☺ Laman Forum facebook۞ Community™ library

Just Click To Show The Content » ۞ Welcome To community™ library ۞ Senarai Universiti Di malaysia ۞ Sumber Berita Masa Kini ۞ Download Free E-Book ۞
Sila Copy And Paste code di bawah masukan di blog anda, Untuk penyesuaian saiz di blog anda,sila ubah Angka(cursor:hand;width: 200px; height: 60px)
Banner Exchange:


۞ Add Your Blog Info Here >>>

Click Open To Add Blog Address:
Your Name
Email Address
Blog Adress
Message
.

۞ UMS HIGHLIGHT BLOG ۞

☺ Facebook Group۞ Network

 

Followers

Recent Comments

TOP COMMENTATORS

Your Connection

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net